HAIRUDDIN.COM - Kembara Jalanan
Selamat Datang ke Laman HAIRUDDIN.COM
Sempena sambutan 1 Muharram 1224H , saya ingin melancarkan laman web dan blog peribadi saya yang bakal mencatat perjalanan hidup saya sebagai seorang insan , usahawan dari rumah , sahabat dan rakyat Malaysia. Kepada anda yang telah melayari laman ini saya ucapkan jutaan Terima Kasih dan anda boleh ikuti aktiviti dan penulisan saya melalui blog saya. Hanya klik blog di sebelah.
Ketika saya mula meneroka potensi perniagaan di internet ketika itu pada tahun 2005 , saya telah membeli sebuah buku melalui internet yang ditulis oleh Bata Golek. Dari situlah saya mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan melalui internet dengan menulis buku 3 Kunci Kejayaan Urusniaga Pos yang saya jualnya melalui medium internet. Ketika itu saya bangunkan laman web hanya dari cjb.net dan tidak sangka ada juga orang yang bank in duit untuk membeli buku yang saya tawarkan kepada mereka.
Syukur Alhamdulillah , dari peristiwa inilah saya terus menggiatkan usaha membuat promosi melalui internet sehinggalah pada bulan Oktober tahun 2005 saya bertemu dengan satu laman web yang tertulis VCD PERCUMA yang dimiliki oleh En Zulkifli Hassan. Saya fikir PERCUMA apa salahnya bukan lalu saya isikan borang pada laman web beliau dan selang 2 hari beliau menghubungi saya dan selang 4 hari saya menerima sekeping VCD menggunakan pos ekspress . VCD tersebut hanyalah VCD testimoni produk dan setelah berbincang dengan isteri kami bersetuju untuk membeli produk itu dan menjadi ahli. Rupa-rupanya produk itu datangnya dari sebuah syarikat MLM. .......